Monday, May 24, 2010

Renungan Kita Bersama ...

Sembahyang Akhir Waktu
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang
ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya....-.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang
kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di
setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.
Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah..-.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan
tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat
sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat
posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan
langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat
hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan
amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar
amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita.
Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah.
Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah
tu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal
waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di
dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.

Amin.


Wednesday, May 12, 2010

Contoh-contoh Decoupage

Saya ambil koleksi decoupage dan decal ni kat google….suka sangat tengok hasil kreativiti sahabat-sahabat blog yg begitu mahir menghasilkan decoupage yg menarik.

Kepada sesiapa yg saya ambil gambar decoupagenya untuk tatapan tetamu di blog saya harap jangan marah ye…dan mohon maaf ambil tanpa kebenaran empunya diri

RED ROSES BORDER Pictures, Images and Photos






Cara-cara Decoupage

Alatan yang diperlukan:

1.BERUS

2.SPAN

3.KERTAS TISU/PAPER NAPKIN

4.GUNTING

5. SEALER / CLEAR GLAZE MEDIUM(merupakan gam untuk decoupage)

6.WHITE GESSO DAN ACRYLIC PAINT

7.VARNISH

LANGKAH-LANGKAH DECOUPAGE

1.Bersihkan barangan yang hendak didecoupage seperti kayu,tin,botol dan sebagainya

2.Sapukan sealer terlebih dahulu ke atas permukan medium tersebut secara sehala*biarkan kering selama 1 hari*

3.Sementara itu guntingkan corak pada kertas tisu mengikut taste masing-masing dan pisahkan lapisan pada kertas tisu(ada 3 lapisan ambil yg atas sekali)

4.Untuk lapisan pertama anda sapukan white gesso menggunakan span*teknik dab*seperti sapu foundation kat muka secara sehala/ guna berus pun boleh.PASTIKAN SAPUAN PERTAMA KERING DAHULU UNTUK SAPUAN KE-2

5.Bila 1st coat dah kering bolehlah sapu campuran white gesso + acrylic paint sebagai lapisan kedua atau sehingga anda berpuashati.Biarkan kering

6.Untuk Tampalan: ambil corak dari kertas tisu yg telah diguntng tadi,celupkan berus ke dalam cecair sealer sedikit shj dan letakkan ditengah-tengah kertas tisu.

7.Secara berhati-hati letakkan kertas tisu ke atas permukaan barangan.Sapukan sealer kiri kanan atas bawah secara perlahan-lahan.SEKIRANYA BERKEDUT TEKAN DENGAN SPAN TETAPI KENA BERHATI2 TAKUT TERKOYAK.Keringkan…..

8.Akhir sekali sapukan varnish secara sehala untuk menaikkan seri pada permukaan barangan.GUNA BERUS BERLAINAN UNTUK SEALER DAN VARNISH, DAN RENDAM DALAM AIR BIASA SETELAH DIGUNAKAN

Cara-cara Decal

1.Gunting corak pada sticker decal

2.Rendam seketika dalam sepiring air,bila Nampak nak tanggal angkat dan biarkan ditepi piring bagi air lebihan turun

3.Dengan berhati-hati lekatkan ke atas permukaan mana-mana material yang anda suka seperti pinggan,mug,raga dan sebagainya

4.Ratakan dengan span pada permukaan material dan keringkan dengan tuala